Sunday, 10 July 2011

Rahsia Mata Cantik •♥



1) Utk memiliki mata yg sihat & segar, apabila bangun dari tidur pastikan anda terus memandang alam semulajadi. Ia amat baik utk mata yg letih & lesu. Amalan ini amat sesuai utk minda & tubuh.

2) Petua org lama mungkin boleh digunakan. Cuba letakkan uncang teh yg telah digunakan di atas mata anda dlm beberapa minit. Cara ini membantu mengembalikan kesegaran pada mata.

3) Tidur yg secukupnya dpt membantu kesegaran mata anda. Jika tidak cukup tidur, kemungkinan besar anda akan menanggung risikonya.

4) Elakkan dari menggosok mata. Tabiat ini akan mengundang kesan buruk kepada mata anda. Amalan yg berterusan boleh mengundang kesan kedut sebelum tiba masanya.

5) Jumpa doktor. Ia amat penting utk kesihatan mata anda. Paling kurang sekali dlm 2 thn.

6) Elakkan daripada menonton TV pada waktu malam, menjahit mahupun membaca di tempat yg gelap. Ia boleh mengundang kepada masalah rabun.

7) Amalkan meminum susu. Ia banyak mengandungi vitamin. Di samping itu, amalan memakan buah-buahan & sayur-sayuran seperti oren & pir amat bagus utk mata anda.

8) Urutan disekitar mata membantu mengurangkan mata letih & lesu. Caranya urut mata dgn menggunakan hujung jari mengikut putaran jam.

Kulit Telur Untuk Kecantikan Kulit Muka •♥

Pernahkah anda menggunakan kulit telur untuk tujuan kecantikan kulit muka? Setahu saya, kulit telur ni digunakan untuk tujuan kraftangan dan meneutralkan minyak masak (hasil R&D saintis UniMAP).




 Baiklah, kalau anda belum pernah cuba petua ni, saya akan tunjukkan cara-caranya. Selain kulit telur, anda perlulah sediakan juga bahan sampingan lain iaitu bedak sejuk dan air suam.


1. Memula sekali, anda bersihkanlah dulu kulit telur tadi.

2. Kemudian, kisar kulit telur tu sehingga halus seperti debu. Kalau anda lebih suka nak tumbuk pun boleh gak.



3. Seterusnya, anda campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.

4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tapi, pastikan muka anda dah dibersihkan terlebih dulu, ok.

5. Sambil anda menyapu bedak sejuk tu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.


Begitulah 5 langkah yang boleh anda lakukan untuk mencantikkan kulit muka dengan kulit telur. Lepas ini, anda bolehlah memanfaatkan kulit telur daripada terbuang begitu saja, kan?


Selamat Mencuba!

Petua Rambut Cantik Bersinar •♥



  • Menggunting Hujung Rambut
Menggunting hujung rambut secara teratur adalah salah satu cara untuk memiliki rambut yang sihat. Menggunting hujung rambut sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu sekali akan menjadikan
rambut kelihatan segar dan bermaya. namun,jika rambut anda tidak sihat di sebabkan oleh pewarnaan
atau terkena klorin kerana aktiviti berenang anda bolehlah menggunting dengan lebih kerap.
  • Rambut Segera Bersinar
Anda sedang terburu-buru menuju ke acara penting tetapi rambut kelihatan kusam? Berikansentuhan dengan produk-produk yang menjadikan rambut anda lebih halus dan berkilau. Gunakan produk pengilat rambut. Sapukan sedikit pada sikat lalu sisir di bahagian luar rambut.
  • Berikan Perlindungan
Sebaiknya lindungi rambut anda daripada kepanasan pengering rambut yang berlebihan. Jika sukar melakukannya, gunakan produk yang bersifat melindungi daripada kepanasan contohnya syampu dan perapi khusus untuk rambut yang diwarnakan.
  • Panas Minimum
Keadaan rambut yang kering akan menjadikan rambut kelihatan kusam serta pecah-pecah. Oleh itu, apabila anda menggunakan blow dryer pasanglah nozzle di hujung pengering rambut atau boleh menggunakan kepanasan yang minimum.
  • Cuci Rambut Dengan Air Hangat
Sewaktu mencuci rambut, gunakan air hangat seterusnya bilas dengan air sejuk. Kutikel rambut akan tertutup menyebabkan cahaya terpantul pada rambut.