Wednesday, 29 June 2011

Petua kecantikan kulit muka •♥




 Memutihkan kulit muka

Ambil sebatang timun diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2 biji limau nipis bersama bedak   sejuk dipakai di muka tiap - tiap malam. Pakai sebagai masker hingga kering dan kemudian cuci dengan air bersih. InsyaAllah kulit muka akan jadi putih.

Melicinkan kulit muka

Selain dimakan, yogurt juga memberi banyak faedah dalam kecantikan contohnya melicinkan kulit. Caranya ambilkan yogurt asli dan sapukan pada seluruh muka seperti masker.Biarkan beberapa minit dan dibilas dengan air bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu. Hasilnya kulit menjadi semakin licin, berseri dan segar. 

Penyeri muka

Ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.


Pelembab muka semulajadi

Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.

Kulit muka kemerahan

Ambil sebiji tomato masak, lenyek hingga halus. Sapukan ke seluruh muka. Biarkan kering selama 20min dan bilas. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali.

Menegangkan kulit muka

1.Gunakan tepung ubi kayu dan timun yang sudah dihancurkan kedua2nya lalu campurkan kedua2nya dgn sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu sapukan di muka hingga kering sebelum dicuci.
2.Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau kulit bermasalah. Tunggu kering sebelum dicuci.

Menambahkan seri wajah

Bancuh 2 sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur, dan bilas pada keesokan pagi. Amalkan setiap malam selama 3 minggu berturut-turut.

Lembutkan kulit muka

1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.

 2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.

3. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.



Petua kat ats tu terpulanglah nk ikut ke tak.. aq sendiri pun tak pernah buat. haha..k selamat mencuba yang terbaik!

No comments: